Layari blog Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
http://japimipgmkpm.blogspot.com/

MESEJ

(1)- INTERAKSI KDC NOV-DIS 2009 akan bermula pada 23.11.2009 (Isnin) dan tamat sebelum cuti krismas. Cadangan supaya ditangguhkan ke 30.11.2009 tidak mendapat perhatian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sekian : Penyelaras SABK
(2)- Sila download surat panggilan interaksi KDC Nov-Dis 2009 di bahagian kanan blog.
(3)- Jadual Waktu KDC masih tidak dapat diupload lagi. Segala kesulitan amat dikesali.

Monday, November 16, 2009

Al-Fatihah : Al-Marhum Ustaz Ahmad Fauzi KDPM SABK dalam kenangan .....

Seluruh warga IPGKPM dan khususnya JAPIM mengucapkan takziah kepada keluarga Al-Marhum Ustaz Ahmad Fauzi Bin Azman dari unit PI(1) KDPM KDC SABK Ambilan Nov 2007 yang telah kembali ke Rahmatullah pada 16.11.2009 (Isnin) seminggu sebelum interaksi KDC Nov-Dis 2009 bermula. Semoga Rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Pemergiannya bagai terasa satu kehilangan besar disisi kami khususnya pensyarah-pensyarah JAPIM, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
(Gambar Al-Marhum - berkacamata - ketika mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) pada Disember 2007 yang lalu ketika mula mendaftar di Institut ini... ) ... Al-Fatihah.

Sunday, November 15, 2009

Surat Panggilan Interaksi KDC Nov-Dis 2009 bagi KDPM SABK

Surat tersebut format pdf boleh didownload dibahagian "Interaksi KDC Nov-Dis 2009"

Friday, November 6, 2009

Kerja Kursus Pendek (KKP) KDPM SABK Nov 2007

Perhatian kepada semua guru pelatih KDPM SABK Ambilan Nov 2007, Anda dikehendaki menyiapkan satu tugasan (KKP) subjek Pengajian Islam.
Sila download tugasan tersebut di ruangan download terkini dalam blog SABK ini.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila berhubung dengan Ustaz Mohd Ariffin Bin Salleh 0196700128.

Sunday, November 1, 2009

Perkhemahan Wajib Manikayu Peringkat 1 Pengakap Kanak-kanak bagi Guru Pelatih KDPM KDC SABK Amb Nov 2007 Unit Pendidikan Islam 2

Dimaklumkan bahawa perkhemahan wajib tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 – 13 Nov 2009
Tempat : Mutiara Motors Resort, Sedili, Mersing, JOHOR.

Tuan/puan diminta hadir melaporkan diri dan taklimat pada 9 Nov 2009 jam 4.00 petang dibalai pelawat blok C, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Bayaran perkhemahan tersebut telah ditetapkan sebanyak RM36.00 sehari x 3 hari (RM108.00). Kadar bayaran ini adalah seperti yang diluluskan oleh Bahagian Pendidikan Guru.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Kamarul Bahrin bin Musib 0162051483 (Pesuruhjaya Pengakap MPKLM) atau En. Mad Isa bin Mamat 0176303612 (Penolong Pesuruhjaya Pengakap).

Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 19, 2009

Perubahan Jadual Waktu KDPM SABK Interaksi 24-29 Ogos 2009

Sila download jadual waktu terkini interaksi Ogos 2009 di ruangan muat turun terkini. Jadual terdahulu tidak terpakai. File tersebut dalam format .pdf, untuk memuatturun anda memerlukan acrobat reader.
Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian.
Penyelaras SABK, IPGM-KPM.

Monday, August 17, 2009

Surat Panggilan Interaksi KDC Ogos 2009 bagi KDPM SABK , JAIJ & KEMAS


IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
JALAN MAKTAB, 75990 DURIAN DAUN,
MELAKA.
TEL:062824827 (PEJ) / 062822300 (JAPIM)



Ruj.Kami : IPPM.144.4/Klt 2 ( )
Tarikh : 17 Ogos 2009

Guru Pelatih,

KDPM KDC SABK Ambilan Nov 2007
KDPM KDC PLPS JAIJ Ambilan Mei 2006 & Mei 2007 (PM)
KDPM KEMAS Ambilan Mei 2006, Mei-Jun 2008 & Jun 2009

Tuan/Puan,

KURSUS DALAM CUTI KDPM SABK AMBILAN NOV 2007, KDPM KDC PLPS JAIJ AMBILAN MEI 2006 & 2007 DAN KDPM KEMAS AMBILAN KEMAS AMBILAN MEI 2006 UNTUK SESI INTERAKSI OGOS 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka akan melaksanakan Kursus Dalam Cuti bagi guru-guru pelatih tersebut pada 24.8.2009 hingga 29.9.2009.
2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki untuk melapor diri seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 23.8.2009 (Ahad)
Masa : 4.00 petang – 6.00 petang
Tempat : Lelaki - Anjung Hikmah & Perempuan – Asrama Blok C

3. Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi En. Mohd Rizuan bin Hj. Abd.Rasip (Tel: 017-6664291).
Kerjasama tuan/puan untuk hal ini, amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah,
t. t.
(NOOR HAYATEE BINTI MD.NOOR)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perempuan Melayu,
Durian Daun, Melaka.
s.k.
- Fail Timbul
- Guru Besar
- Penyelia Asrama Anjung Hikmah, IPGM-KPM
- Penyelia Asrama Blok C
- Ketua Warden
- Ketua Unit Kediaman, JHEP.
( Surat ini tidak memerlukan tandatangan kerana ia cetakan komputer )

Thursday, August 13, 2009

TERKINI : Interaksi Ogos 2009 bagi Guru Pelatih KDPM SABK Amb Nov 2007 / KDPM PLPS JAIJ Mei 2006 / KPLI j-QAF Jan 2009

Interaksi KDC Ogos 2009 akan bermula pada 24.8.2009 (Isnin) hingga 29.8.2009 (Sabtu)
Pendaftaran Asrama pada 23.8.2009 (Ahad) bermula jam 4:00 petang - 6:00 petang.

Ini adalah makluman awal.
Surat Rasmi & jadual Waktu akan diupload ke blog ini kemudian

Sekian, harap maklum.
Ustaz Mohd Rizuan Bin Hj Abd Rasip
Penyelaras SABK

Monday, July 20, 2009

Zaid & Syahirman akan jadi RAJA SEHARI

Tahniah kepada Zaid & Syahirman dari KPLI SABK amb 2007 akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dengan pilihan hati masing-masing.
(1)- Zaid pada 26.7.2009 ( Ahad ) di alamat SU 123, Lorong 3, Taman Seri Cahaya Mas, Masjid Tanah Melaka
(2)- Syahirman pula pada 1.8.2009 (Sabtu) di alamat Batu 21, Kg Pulau, Masjid Tanah Melaka.

SELAMAT MENEMPOH ALAM BARU

Penyelaras SABK IPGMKPM.

Tuesday, June 9, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG S.A.B.K. IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Selamat datang kepada pengunjung blog S.A.B.K khususnya kepada Guru-Guru pelatih KDPM SABK yang telah mendaftar sebagai warga IPGM-KPM pada bulan November 2007. Blog ini dibina khas untuk menyalurkan maklumat-maklumat kursus dari semasa ke semasa. Saya sebagai penyelaras program SABK akan berusaha ke arah memantapkan program KDPM dan KPLI SABK di Institusi ini. Anda semua digalakkan berinteraksi di blog ini dan bertukar-tukar pandangan melalui catatan komen atau ulasan.
Semoga Allah Taala memberkati usaha kita dan menjadikannya sebagai amal saleh.

Penyelaras SABK IPGM-KPM,
Ustaz Mohd Rizuan Bin Hj Abd Rasip